|
Satu
ayat yang biasa digunakan DAP adalah “Lim Guan Eng Telah Masuk Penjara
kerana mempertahankan seorang gadis Melayu yang telah dirogol.”
Malangnya, ianya tidak berapa tepat, separuh pun tidak. Mungkin 10% daripadanya adalah tepat.
Tahukah
anda, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng cukup membenci kesungguhan Gopal
Sri Ram, ketua pembelaan Anwar di dalam rayuan Kes Liwat II?
Ini apa yang sebenarnya berlaku.
Pada
1997, Lim Guan Eng telah dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah
Tinggi Melaka kerana dengan sengaja dan berniat jahat mencetak berita
palsu di bawah Akta Penerbitan Dan Pencetakan 1984 dan di bawah Akta
Hasutan 1948.
Lim
Guan Eng telah didapati bersalah menyebarkan tuduhan yang Ketua Menteri
Melaka ketika itu, Rahim Tamby Chik telah merogol seorang gadis bawah
umur.
Hukuman
asal beliau hanyalah denda maksimum RM5,000 untuk dakwaan hasutan dan
RM10,000 untuk ‘berita palsu’ tetapi tiada hukuman penjara.
Kes itu kemudiannya dibawa ke Mahkamah Rayuan.
Pada
1998, Hakim Mahkamah Rayuan ketika itu Gopal Sri Ram berkata, “Sudah
tiba masanya mahkamah ini menghantar mesej yang jelas yang ia tidak lagi
boleh bertolak ansur ke atas serangan terhadap badan
kehakiman.”http://www.limkitsiang.com/archive/1998/April98/sg985.htm
(Menariknya,
bertahun kemudian, Gopal Sri Ram menjadi ketua pembelaan Anwar untuk
kes Liwat II di Mahkamah Persekutuan pada awal tahun 2015 – yang beliau
kalah dan Anwar ke penjara)
Kemungkinan
kerana tidak gembira dengan serangan terus-terusan oleh Lim Guan Eng
dan peguamnya terhadap Mahkamah, Gopal telah menaikkan hukuman dari
denda RM15,000 kepada penjara 36 bulan.
Dan Lim Guan Eng pun ke penjara. Tetapi bukan untuk 36 bulan.
Selepas
beberapa siri rayuan, Lim dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan. Beliau,
bagaimanapun, dibebaskan selepas 12 bulan pada 25 Ogos 1999.
Maka,
Lim Guan Eng masuk penjara kerana mengedarkan berita palsu dan
menghasut dan menggunakan kes Rahim Tamby Chik ini untuk menaikkan
kemarahan orang ramai.
Tetapi adakah kes rogol itu benar-benar terjadi dan patutkah Lim Guan Eng mempertahankannya?
DAP berterusan berkata Lim Guan Eng masuk penjara kerana mempertahankan gadis melayu yang telah dirogol.
Kemudian
Rahim Tamby Chik telah menyaman DAP dan beliau menang dan ini yang
sebenarnya terjadi, seperti yang dijelaskan DAP di dalam kenyataan
mereka bertarikh 21 Oktober 2003.
http://dapmalaysia.org/all-arc…/…/2003/oct03/bul/bul2287.htm
——-
Bekas
Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik pada pagi ini menarik
balik saman fitnah beliau terhadap DAP yang berkaitan dengan buku yang
diterbitkan oleh DAP “Lim Guan Eng – MP In Jail” dan poster ‘Sympathy,
Support and Solidarity with Lim Guan Eng’ selepas Peguam Bela DAP Karpal
Singh membacakan kenyataan berikut oleh dan bagi pihak DAP. Tiada
arahan untuk penyelesaian bersama.
Kenyataan oleh Parti Tindakan Demokratik:
Kami,
Parti Tindakan Demokratik , dengan ini merujuk kepada buku yang
diterbitkan oleh kami yang bertajuk “Lim Guan Eng – MP di dalam Penjara”
dan juga poster kempen yang dimulakan oleh kami yang berkaitan dengan
plaintif,Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Tamby Chik, dan kami di sini
ingin membuat kenyataan berikut:
1)
Kami mesti menekankan bahwa tuduhan yang kami buat yang berkaitan
dengan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang terkandung di dalam buku dan
poster kerana kami mempercayai ianya benar pada ketika itu berdasarkan
kenyataan yang dibuat oleh Pendek Binti Ahmad kepada Lim Guan Eng dan
oleh Noryati Binti Mohamad Yusop dan ACP Mok di Mahkamah Tinggi Melaka
untuk perbicaraan jenayah Nos: 45-2-1995 and 45-3-1995 (Pendakwa Raya
Lawan Lim Guan Eng)
2) Walaubagaimanapun, apabila melihat perkara yang terjadi selepas itu, terutamanya
(a) penarikan semula dakwaan oleh Noryati Binti Mohamad Yusop yang telah tertakluk kepada pengakuan bersumpah; dan
(b)
fakta bahawa tuduhan yang sama dibuat oleh Majalah Time dan Majalah
Asiaweek telah ditarik balik dan permohonan maaf telah diberikan kepada
Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik;
Kami
kini menyedari asas dakwaan yang telah kami buat terhadap Tan Sri Abdul
Rahim Thamby Chik di dalam buku dan poster tersebut tidak lagi wujud
dan berdasarkan ini, tuduhan yang disebutkan kini adalah tidak berasas.
3)
Kini, kami telah kesal di atas perkara-perkara yang telah terjadi yang
melibatkan kesemua pihak, termasuk Tan Sri Abdul Rahim Bin Datuk Thamby
Chik dan keluarga, yang mengalami keperitan dan tekanan disebabkan oleh
peristiwa ini.
(21st October 2003)
——-
Adalah jelas majalah Asiaweek dan Time telah memohon maaf kepada Rahim Thamby Chik.
DAP juga menarik balik dakwaan rogol dan membaca kenyataan tersebut di dalam mahkamah.
Maka,
apa yang berlaku lepas itu adalah Lim Guan Eng terbukti bersalah
menyebarkan berita palsu dan mencetuskan kemarahan rakyat dengan dakwaan
rogol (yang telah ditarik balik dan permohonan maaf oleh pelbagai pihak
telah diterima) – maka penghakiman mahkamah pada waktu itu terbukti
tepat.
Walaubagaimanapaun,
sama ada perkara ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan atau
hanya sekadar denda adalah perkara yang lain tetapi itu hanya boleh
ditentukan oleh hakim dan mahkamah.
Lim
Guan Eng tidak masuk penjara kerana mempertahankan seorang gadis melayu
yang telah dirogol (memandangkan dakwaan ini tidak lagi wujud) tetapi
kerana menyebarkan berita yang palsu dan cuba menghasut rakyat
berdasarkan dakwaan yang tidak benar.
Sudah
tentu, Lim Guan Eng sebagai ahli politik DAP, akan menggunakan apa
sahaja isu untuk menentang kerajaan – tetapi malangnya bagi mereka isu
ini terbukti tidak berasas pada mata undang-undang dan telah diakui oleh
DAP sendiri di dalam kenyataan terbuka mereka di dalam mahkamah.
Tetapi
sudah semestinya, DAP akan menyambung menyebarkan dakwaan yang mereka
banggakan ini iaitu Lim Guan Eng masuk penjara kerana mempertahankan
gadis melayu yang telah dirogol walaupun ianya tidak benar. (AIDCNews)
LIM GUANG ENG DITAHAN
Maybe
Cik Eika ni gadis sunti yang baru berjinak dgn politik negara.. atau
Cik Eika akan buat pertama kali mengundi pada PRU14 nanti.. jadi izinkan
Romeo RMS bercerita satu kisah yang terjadi pada tahun 1997... maybe
Cik Eika belum lagi ada didunia ini... Kisahnya
begini................................. ❤❤
Sorang
gadis sunti berusia 15 tahun telah dirogol oleh sorang VVIP dari parti
UMNO....tetapi kerana melibatkan pemimpin UMNO.. gadis sunti itu pula
ditahan dipusat pemulihan dan jagaan selama 3 thn.. sedangkan perogolnya
bebas bermaharajalela diluar sana sambil menjeling jeling gadis sunti
yang len (nasib baik Cik Eika tadak lagi time tu)... Sdr Lim Guan Eng
kemudian membawa kes itu kemahkamah.. kerana keluarga gadis itu memohon
bantuan dan mahukan keadilan untuk gadis malang itu...
Pada
28 Feb 1985, mahkamah telah memutuskan sdr Lim Guan Eng pulak yang
bersalah.. alasan 'menimbulkan rasa tak puas hati terhadap system
keadilan dinegara ini' dan pelaku jenayah tidak didakwa...dan beliau
dikenakan hukuman denda RM15,000.00.. Kerajaan yang diwakili oleh
PEROGOL GADIS SUNTI itu tak puas hati dan merayu.. agar sdr Lim Guan Eng
dikenakan hukuman yang lebih berat lagi.. dan akhirnya mahkamah
kanggaro akur dgn campurtangan kerajaan dan Sdr Lim Guan Eng dijatuhkan
hukuman penjara 3 tahun.. Perbicaraan ni mendapat perhatian dunia.. dan
Amnesti Antarabangsa menyifatkan Sdr Lim Guan Eng adalah dipenjara
kerana mempertahankan maruah wanita/gadis yang tidak mendapat
keadilaan...
itulah kisah 1997... Cik Eika... ujar RMS sambil merenung jauh kearah mata Eika..... hihihik
0 Response to "LIM GUANG ENG DITAHAN,,"
Post a Comment