|
![]() |
Ainan tidak berniat memperkecilkan tugasan petugas penerbangan. |
PENYANYI yang mencetus perhatian awal melalui saluran YouTube, Ainan Tasneem, meminta maaf secara terbuka kepada kakitangan penerbangan AirAsia susulan kritikan yang dibuat beberapa hari lepas.
Dalam satu kemas kini status di akaun Instagram, Ainan turut menyampaikan permohonan maaf buat seorang pramugara penerbangan itu yang bernama Ridzwan.
Kata Ainan, dia secara peribadi telah menghantar pesanan peribadi ke akaun Instagram Ridzwan namun tiada balasan setakat ini.
Kekecohan timbul beberapa hari lalu apabila Ainan mempersoalkan tindakan seorang pramugara yang enggan membantu mengangkat beg yang berat.
Ia menimbulkan pelbagai reaksi, terutamanya dalam kalangan mereka yang bertugas di awan biru.
Rata-ratanya berpendapat tindakan Ainan agak keterlaluan dan seolah-olah tidak menghormati dan tidak memahami skop tugas mereka.
0 Response to "Tak Sangka Ainan Tasneem Berani Cakap Macam Ni Lepas Hina Pekerja Air Asia ! "
Post a Comment