|
TAKZIAH UQASHA SENROSE
Ini hanya lakonan di dalam drama tundukan playboy itu pada episod seterusnya.....hehehe.
Nik Zaris
Uqasha Nik Sen, 20 tahun ialah kakak kepada Nelydia Senrose ( Nik Zaris
Nelydia Senrose Nik Sen), 18. Sedap sedap nama depa ni. Antara Uqasha
dan Nelydia, adiknya lebih aktif berlakon dan dikenali berbanding
kakaknya Uqasha. Uqasha ada muncul sekejap dalam drama Setia Hujung
Nyawa, muka seiras dengan adik dia.
Uqasha dan
Nelydia, anak kedua dari 7 beradik, anak kelahiran Kelantan juga
merupakananak saudara kepada pelakon era 80-an Rosnah Mohd Noor(bekas
isteri Iwan dangdut). Wajah memang seiras jugak dgn mak sedara diorang
ni, lembut ayu je.
Tahun 2010,
Uqasha telah dilanda kontroversi dengan Nabil Raja lawak, hingga ke mana
dia pergi orang menggelarkan Uqasha Nabil.Jika boleh Uqasha tidak mahu
lagi dilabelkan dengan panggilan itu dan dia tak mahu dibayangi lagi
dengan nama Nabil.. dia mahu dikenali kerana bakat lakonan.
Kerjaya Uqasha
Selain menjadi peramugari di Air Asia, Uqasha juga model iklan dan pelakon.
Uqasha atau
panggilan manja Qasha pernah berlakon dalam drama Radio Gaga (RTM),
Ampang Medical (NTV7) dan Lukisan Hati (DVD). Qasha juga merupakan
seorang model bagi iklan DIGI, coklat Cadbury serta Ajinomoto.
Impian
Qasha, dia mahu berlakon di samping Shaheizy Sam. Sejak berusia tujuh
tahun lagi dia berangan untuk menjadi pelakon. Entah apa yang
difikirkan, tetapi ketika itu yang bermain di kepala hanya keseronokan
menjadi pelakon selain mendapat bayaran berupa gaji yang pastinya tidak
mampu dimiliki oleh kanak-kanak lain seusianya.
Dorongan
kuat dari keluarga dan juga adiknya Nely, membuatkan Qasha ingin berjaya
dalam bidang lakonan juga.Gambar Uqasha Senrose …kdg2 tertukar mana
satu Uqasha mana satu Nelydia
0 Response to "TAKZIAH UQASHA SENROSE "
Post a Comment